Selamat datang ke pelaburanunittrust.blogspot.com. Penulis amat mengalu- alukan komen/testimonial anda terhadap blog ini. Sila ajukan sebarang komen (atau sekadar ucapan hai) sebagai tanda sokongan anda di sini. Enjoy your stay!


Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox. Pelayar lain mungkin memaparkan ralat.

Pengiraan Deposit Pelaburan

Hari ini saya ingin berkongsi sesuatu yang baru saya pelajari. Ramai di antara pelabur (termasuk saya) mempunyai tanggapan yang salah terhadap nilai cas perkhidmatan yang dikenakan bagi setiap pelaburan yang dibuat.

Sebagai contoh, bagi dana X yang mengenakan cas perkhidmatan sebanyak 6.5%, para pelabur biasanya akan diberitahu sebanyak 6.5% daripada deposit mereka akan ditolak. Jika anda membuat pelaburan sebanyak RM1,000, berapakah nilai 6.5% tersebut?

Cas perkhidmatan = RM1,000 x 6.5% = RM65


Baiklah, selepas seminggu, konsultan anda menghantar penyata pelaburan melalui email dan ini yang anda dapat.










Gross Deposit Charges (6.5%)Nett Deposit
RM1000.00RM61.03RM938.97


Bagi segelintir pelabur, mereka akan berasa gembira kerana cas perkhidmatan yang ditolak adalah kurang berbanding dengan jumlah yang sepatutnya. Namun bagi pelabur yang particular (seperti saya), perasaan ingin tahu mengatasi perasaan gembira. Jadi di sini saya ingin berkongsi cara pengiraan cas perkhidmatan kepada para pelabur yang particular :)

Deposit = RM1,000
Cas perkhidmatan = 6.5% = 0.065








Deposit bersih =RM1,000= RM938.97

1 + 0.065


Cas perkhidmatan = RM1,000 - RM938.97 = RM61.03

Dr. M, UMNO dan Unit Trust

PRU-12 sudah lama berakhir. Setelah menyaksikan kegoyahan kerajaan dan kebangkitan rakyat, hari ini politik Malaysia bergegar lagi. Di mulai dengan tidakan pengunduran Tun Dr. M dari UMNO 2 hari yang lalu, dua orang lagi "orang besar" UMNO turut mengambil tindakan yang sama semalam. Datuk Mokhzani mengambil keputusan untuk mengikut jejak langkah bapanya selepas 22 tahun bersama UMNO, manakala seorang lagi ahli UMNO merupakan Naib Ketua Pemuda UMNO Sik, Kedah.

Kelmarin, paras indeks BSKL merosot sehingga 6 mata ekoran tindakan mengejut Tun Dr. M keluar dari UMNO. Ini telah menimbulkan keraguan terhadap kestabilan politik negara dan para pelabur mengambil sikap berhati-hati. Semalam, paras indeks BSKL terus merosot sebanyak 3.52 mata kepada 1277.68 mata setakat tengahari ini. Saya menjangkakan indeks BSKL terus merosot sepanjang minggu ini dan ini mungkin akan menjejaskan sedikit prestasi dana-dana unit trust di negara kita.

Sementara itu, antara sorotan menarik politik negara, Datuk Seri S. Samy Vellu menggesa PM untuk menunaikan janji yang dibuat sempena PRU-12 yang lepas, manakala ahli parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh menerima ugutan bunuh di mana sebiji peluru hidup dihantar kepada beliau ekoran tindakan beliau yang mempersoalkan kuasa institusi kesultanan Melayu baru-baru ini.

10 Dana Islamik Ekuiti Malaysia Terbaik 1 Tahun (30/03/07 - 31/03/08)

1) CIMB Islamic DALI Equity Growth - 16.02%
2) CIMB Islamic Equity - 14.58%
3) CIMB Islamic DALI Equity - 14.53%
4) ING Equity Islam - 11.89%
5) CIMB Islamic Enhanced Index - 11.61%
6) Alliance Dana Adib - 10.78%
7) MAAKL Al-Faid - 10.22%
8) RHB Islamic Growth - 10.11%
9) Public Islamic Equity - 10.09%
10) Public Islamic Dividen - 9.09%


10 Dana Islamik Ekuiti Malaysia Terbaik 3 Tahun (31/03/05 - 31/03/08)

1) CMS Islamic - 82.52%
2) CIMB Islamic DALI Equity - 71.12%
3) ING Equity Islam - 68.92%
4) CIMB Islamic Equity - 64.91%
5) MAAKL Al-Faid - 63.27%
6) MAAKL Syariah Index - 62.40%
7) CIMB Islamic DALI Equity Growth - 59.84
8) Alliance Dana Adib - 59.42%
9) Public Ittikal - 56.77%
10) Public Islamic Equity - 56.70%


sumber: Personal Money isu ke-81 (kredit kepada pakmattempe)

CIMB Umum Dividen DALI dan BIF

Terdapat kesilapan pada nama dana yang dinyatakan sebelum ini. Dana BIF adalah CIMB-Principal Balanced Income Fund dan bukannya CIMB Islamic Balance Income Fund (IBIF). Harap maaf.

Ini merupakan maklumat tidak rasmi yang saya dapat dari saudara Murtaza dari forum Carigold.com. CIMB akan mengumumkan pembahagian dividen kepada dua dana islamiknya iaitu CIMB Islamic DALI Equity Growth Fund (DALI) dan CIMB Islamic Balance Income Fund CIMB-Principal Balanced Income Fund (BIF).

Dividen tersebut yang masing-masing berjumlah 7 sen bagi setiap dana akan diagihkan pada 6 June ini bagi dana DALI dan 13 June bagi dana BIF. Keuntungan yang dicatatkan oleh dana DALI pada tahun lepas adalah sebanyak 49.52% dengan purata 12.74% setahun sepanjang 1999-2007. Untuk dana BIF pula, keuntungan yang dicatatkan pada tahun lepas adalah sebanyak 20.40% dengan purata 15.34% setahun sepanjang 2006-2007.

Ini merupakan antara detik-detik terbaik untuk para pelabur memulakan pelaburan dalam dana ini mahupun menambah pelaburan yang sedia ada untuk meraih pulangan yang lebih tinggi. Bagaimana pula dengan pilihan untuk melakukan switching dari dana lain kepada dana ini? Adakah ianya berbaloi?

Sasar 400 Pelanggan Sebulan

Sasar 400 pelanggan sebulan
Tarikh: 7 Mei 2008
Sumber: Harian Metro


CIMB Wealth Advisors Bhd mensasarkan 400 pelanggan sebulan bagi Pelan Pendidikan 3 dalam 1, iaitu penyelesaian lengkap membolehkan ibu bapa merancang pendidikan anak-anak mereka yang baru dilancarkannya.

Ketua pegawai eksekutifnya, Tan Beng Wah, berkata pelan itu menggabungkan pelaburan amanah saham, perlindungan insurans dan takaful serta perkhidmatan penamaan amanah.

“Kami menyasarkan sekurang-kurangnya 400 pelan dijual sebulan,” kata Tan kepada pemberita selepas pelancaran produk itu di Kuala Lumpur, semalam.

Menurutnya, CIMB Wealth membangunkan produk itu dengan kerjasama rakan kongsi, iaitu CIMB Principal Asset Management, CIMB Trustees dan CIMB Aviva Assurance and Takaful.


Saya sendiri pun masih belum sempat lagi untuk mendalami tentang plan terbaru oleh CIMB WA ini. Dari apa yang saya baca, ia merupakan pelan tabungan pendidikan yang mampu untuk memberikan pulangan yang lebih tinggi berbanding tabung-tabung pendidikan yang ada sekarang kerana ia dilaburkan dalam portfolio asset tertentu. Di samping itu, ia juga menawarkan pelindungan insurans takaful untuk pelabur sekiranya berlaku sebarang kematian atau kecacatan kekal. Selain itu, fungsi penamaan amanah membolehkan pewaris menerima segala pelaburan yang dibuat tanpa sebarang penangguhan. Plan pendidikan ini terdapat dalam versi konvensional dan islamik dan pilihan tempoh matang dari 9 hingga 20 tahun.

Agihan Dana Public Mutual

Agihan dana Public Mutual
Tarikh: 6 Mei 2008
Sumber: Harian Metro


PUBLIC Mutual, anak syarikat penuh Public Bank mengumumkan agihan kasar tiga dananya bagi tahun kewangan berakhir 30 April 2008.

Ia mengumumkan agihan kasar 2.00 sen seunit Public Islamic Dividend Fund, 1.75 sen Far-East Balanced Fund dan 0.40 sen Public Islamic Asia Dividend Fund.

Dana Public Islamic Dividend Fund ialah dana ekuiti bertujuan menyediakan pendapatan dengan melabur dalam portfolio saham yang memenuhi syarat Syariah.

Pengerusinya, Tan Sri Teh Hong Piow, berkata dana ini sesuai pelabur jangka sederhana hingga panjang dengan jaminan penerimaan pendapatan sementara pertumbuhan modal adalah sekunder.

Katanya, Dana Public Far-East Balanced Fund pula ialah dana seimbang serantau bertujuan menyediakan pertumbuhan pendapatan dan modal dalam tempoh jangka panjang.


Ini merupakan satu berita yang baik untuk pelabur dana PIDF, FEBF dan PIADF. Mungkin ada di antara pelabur yang ingin mengambil peluang keemasan ini untuk menambahkan jumlah pelaburan mereka untuk meraih lebih banyak bonus. Melabur sebelum pengagihan dan nikmati lebih jumlah penagihan atau melabur selepas pengagihan dan nikmati lebih unit. Mana satu pilihan anda?

Dollar Cost Averaging

Untuk permulaan, anda boleh menganggap Dollar Cost Averaging (DCA) adalah merupakan pemurataan kos untuk pelaburan anda. Konsep DCA adalah untuk mengurangkan kos belian unit pelaburan untuk memaksimakan keuntungan. Biasanya, dalam pelaburan unit trust, pelabur akan membuat pelaburan pada masa yang berlainan dengan harga seunit yang berlainan. Keuntungan pelabur pula dikira dengan mempuratakan harga-harga seunit ini dan dibandingkan dengan harga seunit semasa.

Sila teliti situasi di bawah untuk lebih memahami tentang DCA.



Sebagai contoh, Pelabur A dan Pelabur B masing-masing telah melabur sebanyak RM1,000 pada 27 Julai pada harga RM1.0488 seunit. Unit yang diperoleh melalui pelaburan mereka adalah:

Unit diperoleh = (Deposit - Cas Perkhidmatan) / Harga belian seunit
(RM1000 - RM65) / RM1.0488 = 891.50 unit.

Baki semasa akaun mereka adalah:

Baki semasa = Jumlah unit x Harga seunit semasa
891.50 x RM1.0488 = RM918.15

Harga seunit untuk mencapai paras breakeven adalah:

Paras breakeven = Jumlah deposit / Jumlah unit
RM1000 / 891.50 = RM1.1217 seunit

Ini bermakna, untuk Pelabur A dan Pelabur B mendapat semula jumlah RM1000 di dalam akaun mereka, mereka perlu menunggu sehingga harga seunit semasa mencapai paras RM1.1217 (tiada dalam graf).

Pada 18 Ogos, anda dapat lihat bahawa harga seunit bagi dana ini terjun menjunam ke paras terendah iaitu RM0.9032, hampir RM0.15 KURANG daripada harga seunit yang anda beli dahulu. Cuba kira, berapa baki akaun mereka sekarang.

Baki semasa = 891.50 unit x RM0.9032 = RM805.20 sahaja!

Ini bermakna mereka sudah kerugian hampir RM200.

Namun, jangan risau, segalanya masih belum berakhir. Apa yang perlu anda lakukan sekarang adalah bertenang dan teruskan membaca. I have reserved the best to the last! :)

Anda harus ingat dan faham bahawa pelaburan unit trust merupakan pelaburan yang bersifat jangka sederhana hingga jangka panjang (3-5 tahun), jadi angka sekarang tidak boleh digunakan untuk menilai keuntungan, TETAPI penting untuk memaksimakan keuntungan pelabur di kemudian hari.

Konsep DCA mencadangkan agar penambahan amaun pelaburan dibuat pada 18 Ogos atas 2 sebab:
a) Harga belian seunit pada hari tersebut (RM0.9032) adalah jauh lebih murah berbanding harga belian pelaburan sebelum ini (RM1.0488).
b) Harga belian tersebut lebih rendah berbanding harga belian asal dana tersebut (harga belian asal dana ini adalah RM1.0000)

Jadi ini merupakan masa yang terbaik untuk Pelabur A dan Pelabur B menambah pelaburan.

Cuba kita lihat apa yang berlaku jika Pelabur A membuat penambahan sebanyak RM1000 pada 18 Ogos.

Unit diperoleh = (RM1000 - RM65) / RM0.9032 = 1035.21 unit <-- berbeza hampir 150 unit berbanding pelaburan sebelumnya (891.50 unit).

Jumlah unit sekarang = 891.50 + 1035.21 = 1926.70 unit

Jumlah deposit = RM1000 + RM1000 = RM2000

Purata harga belian = RM2000 / 1926.70 unit = RM1.038 seunit <-- paras breakeven baru Pelabur A!

Dengan mengamalkan konsep DCA, Pelabur A sudah mencapai paras breakeven (dan sedikit keuntungan) seawal 28 September iaitu kira-kira 2 bulan selepas memulakan pelaburan sedangkan, Pelabur B masih lagi tercari-cari bilakah pelaburan anda akan mencapai paras breakeven.

Andaikan selepas enam bulan, harga seunit semasa adalah RM1.1217 (paras breakeven Pelabur B);

Baki Semasa (Pelabur A) = 1926.70 x RM1.1217 = RM2161.18

Keuntungan Pelabur A adalah RM161.18 berbanding keuntungan Pelabur B adalah RM0!

Prestasi DALI 2 Apr 08



Bulanan tertinggi: 24/04/2008 - 1.7772
Bulanan terendah: 04/04/2008 - 1.6400

Prestasi DALI Apr 08



Bulanan tertinggi: 24/04/2008 - 1.0571
Bulanan terendah: 04/04/2008 - 0.9768

Kembali Online

Akhirnya blog saya kembali online. Baru-baru ini (lebih kurang sebulan yang lalu) pihak Google telah menyekat akses blog saya kerana disyaki blog ini terlibat dalam aktiviti spam. Pihak Google meminta tempoh seminggu untuk menyemak status blog ini sama ada betul-betul terlibat dengan aktiviti spam atau tidak. Namun seminggu yang diminta, sebulan yang dilaksana. Saya pun tidak pasti bila pihak Google review blog ini kerana tiada sebarang notis email dihantar namun sistem spam filter Google amat mengecewakan. Tidak salah untuk melawan spam namun tempoh masa sebulan adalah TERLALU LAMA dan pihak Google sepatutnya menghantar notis ringkas bahawa blog ini telah disemak!

Walaubagaimanapun, kini segalanya sudah selesai. What's done is done. Harapannya tiada lagi aral melintang yang akan saya tempuhi selepas ini :)

Saya akan mula mengemaskini blog ini dengan info-info terbaru tentang pelaburan unit trust dalam masa terdekat. Masih ada beberapa urusan penting yang belum diselesaikan lagi pada masa sekarang. Stay tuned!

<< Catatan Lama | | Laman utama | | Catatan Terbaru >>