Selamat datang ke pelaburanunittrust.blogspot.com. Penulis amat mengalu- alukan komen/testimonial anda terhadap blog ini. Sila ajukan sebarang komen (atau sekadar ucapan hai) sebagai tanda sokongan anda di sini. Enjoy your stay!


Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox. Pelayar lain mungkin memaparkan ralat.

Dr. M, UMNO dan Unit Trust

PRU-12 sudah lama berakhir. Setelah menyaksikan kegoyahan kerajaan dan kebangkitan rakyat, hari ini politik Malaysia bergegar lagi. Di mulai dengan tidakan pengunduran Tun Dr. M dari UMNO 2 hari yang lalu, dua orang lagi "orang besar" UMNO turut mengambil tindakan yang sama semalam. Datuk Mokhzani mengambil keputusan untuk mengikut jejak langkah bapanya selepas 22 tahun bersama UMNO, manakala seorang lagi ahli UMNO merupakan Naib Ketua Pemuda UMNO Sik, Kedah.

Kelmarin, paras indeks BSKL merosot sehingga 6 mata ekoran tindakan mengejut Tun Dr. M keluar dari UMNO. Ini telah menimbulkan keraguan terhadap kestabilan politik negara dan para pelabur mengambil sikap berhati-hati. Semalam, paras indeks BSKL terus merosot sebanyak 3.52 mata kepada 1277.68 mata setakat tengahari ini. Saya menjangkakan indeks BSKL terus merosot sepanjang minggu ini dan ini mungkin akan menjejaskan sedikit prestasi dana-dana unit trust di negara kita.

Sementara itu, antara sorotan menarik politik negara, Datuk Seri S. Samy Vellu menggesa PM untuk menunaikan janji yang dibuat sempena PRU-12 yang lepas, manakala ahli parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh menerima ugutan bunuh di mana sebiji peluru hidup dihantar kepada beliau ekoran tindakan beliau yang mempersoalkan kuasa institusi kesultanan Melayu baru-baru ini.

0 Comments:

Post a Comment



<< Catatan Lama | | Laman utama | | Catatan Terbaru >>