Selamat datang ke pelaburanunittrust.blogspot.com. Penulis amat mengalu- alukan komen/testimonial anda terhadap blog ini. Sila ajukan sebarang komen (atau sekadar ucapan hai) sebagai tanda sokongan anda di sini. Enjoy your stay! |

![]() | Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox. Pelayar lain mungkin memaparkan ralat. |
Saya telah memulakan pelaburan unit trust saya dengan DALI Equity Growth Fund. Yang mana merupakan salah satu dana terbaik CIMB Wealth Advisors. Berdasarkan master prospectus CIMB Wealth Advisors isu ke-2, DALI Equity Growth Fund telah mencatat keuntungan pasif* sebanyak 193.59% sejak dimulakan iaitu dengan purata keuntungan 21.51% setiap tahun.
Dalam majalah Personal Money isu Febuari , DALI Equity Growth Fund dicatatkan menduduki tangga ke-5 dalam senarai unit trust di Malaysia memperoleh keuntungan sebanyak 49.52% sepanjang tahun 2007!
Berikut adalah senarai harga bagi DALI Equity Growth Fund sepanjang minggu lepas (17 Mac - 21 Mac):
17 Mac - 0.9522 (-159)
18 Mac - 0.9557 (+35)
19 Mac - 0.9569 (+12)
20 Mac - *CUTI*
21 Mac - 0.9602 (+33)
24 Mac - TBA
*sumber: The Star Online
Memandangkan saya memulakan pelaburan pada 20 Mac, dijangka harga seunit untuk pelaburan saya adalah 0.9602 (21 Mac) atau selewat-lewatnya mengikut harga hari ini (Isnin, 24 Mac). Saya harap agen saya tidak mengambil masa yang begitu lama untuk mendepositkan pelaburan saya.
*keuntungan pasif - keuntungan yang diperoleh dari pelaburan asal, tanpa penambahan kepada jumlah pelaburan atau perubahan-perubahan lain.
dalam kategori: Pendapat
0 Comments:
<< Catatan Lama | | | Laman utama | | | Catatan Terbaru >> |