Selamat datang ke pelaburanunittrust.blogspot.com. Penulis amat mengalu- alukan komen/testimonial anda terhadap blog ini. Sila ajukan sebarang komen (atau sekadar ucapan hai) sebagai tanda sokongan anda di sini. Enjoy your stay!


Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox. Pelayar lain mungkin memaparkan ralat.

Agihan Dana Public Mutual

Agihan dana Public Mutual
Tarikh: 6 Mei 2008
Sumber: Harian Metro


PUBLIC Mutual, anak syarikat penuh Public Bank mengumumkan agihan kasar tiga dananya bagi tahun kewangan berakhir 30 April 2008.

Ia mengumumkan agihan kasar 2.00 sen seunit Public Islamic Dividend Fund, 1.75 sen Far-East Balanced Fund dan 0.40 sen Public Islamic Asia Dividend Fund.

Dana Public Islamic Dividend Fund ialah dana ekuiti bertujuan menyediakan pendapatan dengan melabur dalam portfolio saham yang memenuhi syarat Syariah.

Pengerusinya, Tan Sri Teh Hong Piow, berkata dana ini sesuai pelabur jangka sederhana hingga panjang dengan jaminan penerimaan pendapatan sementara pertumbuhan modal adalah sekunder.

Katanya, Dana Public Far-East Balanced Fund pula ialah dana seimbang serantau bertujuan menyediakan pertumbuhan pendapatan dan modal dalam tempoh jangka panjang.


Ini merupakan satu berita yang baik untuk pelabur dana PIDF, FEBF dan PIADF. Mungkin ada di antara pelabur yang ingin mengambil peluang keemasan ini untuk menambahkan jumlah pelaburan mereka untuk meraih lebih banyak bonus. Melabur sebelum pengagihan dan nikmati lebih jumlah penagihan atau melabur selepas pengagihan dan nikmati lebih unit. Mana satu pilihan anda?

Dollar Cost Averaging

Untuk permulaan, anda boleh menganggap Dollar Cost Averaging (DCA) adalah merupakan pemurataan kos untuk pelaburan anda. Konsep DCA adalah untuk mengurangkan kos belian unit pelaburan untuk memaksimakan keuntungan. Biasanya, dalam pelaburan unit trust, pelabur akan membuat pelaburan pada masa yang berlainan dengan harga seunit yang berlainan. Keuntungan pelabur pula dikira dengan mempuratakan harga-harga seunit ini dan dibandingkan dengan harga seunit semasa.

Sila teliti situasi di bawah untuk lebih memahami tentang DCA.



Sebagai contoh, Pelabur A dan Pelabur B masing-masing telah melabur sebanyak RM1,000 pada 27 Julai pada harga RM1.0488 seunit. Unit yang diperoleh melalui pelaburan mereka adalah:

Unit diperoleh = (Deposit - Cas Perkhidmatan) / Harga belian seunit
(RM1000 - RM65) / RM1.0488 = 891.50 unit.

Baki semasa akaun mereka adalah:

Baki semasa = Jumlah unit x Harga seunit semasa
891.50 x RM1.0488 = RM918.15

Harga seunit untuk mencapai paras breakeven adalah:

Paras breakeven = Jumlah deposit / Jumlah unit
RM1000 / 891.50 = RM1.1217 seunit

Ini bermakna, untuk Pelabur A dan Pelabur B mendapat semula jumlah RM1000 di dalam akaun mereka, mereka perlu menunggu sehingga harga seunit semasa mencapai paras RM1.1217 (tiada dalam graf).

Pada 18 Ogos, anda dapat lihat bahawa harga seunit bagi dana ini terjun menjunam ke paras terendah iaitu RM0.9032, hampir RM0.15 KURANG daripada harga seunit yang anda beli dahulu. Cuba kira, berapa baki akaun mereka sekarang.

Baki semasa = 891.50 unit x RM0.9032 = RM805.20 sahaja!

Ini bermakna mereka sudah kerugian hampir RM200.

Namun, jangan risau, segalanya masih belum berakhir. Apa yang perlu anda lakukan sekarang adalah bertenang dan teruskan membaca. I have reserved the best to the last! :)

Anda harus ingat dan faham bahawa pelaburan unit trust merupakan pelaburan yang bersifat jangka sederhana hingga jangka panjang (3-5 tahun), jadi angka sekarang tidak boleh digunakan untuk menilai keuntungan, TETAPI penting untuk memaksimakan keuntungan pelabur di kemudian hari.

Konsep DCA mencadangkan agar penambahan amaun pelaburan dibuat pada 18 Ogos atas 2 sebab:
a) Harga belian seunit pada hari tersebut (RM0.9032) adalah jauh lebih murah berbanding harga belian pelaburan sebelum ini (RM1.0488).
b) Harga belian tersebut lebih rendah berbanding harga belian asal dana tersebut (harga belian asal dana ini adalah RM1.0000)

Jadi ini merupakan masa yang terbaik untuk Pelabur A dan Pelabur B menambah pelaburan.

Cuba kita lihat apa yang berlaku jika Pelabur A membuat penambahan sebanyak RM1000 pada 18 Ogos.

Unit diperoleh = (RM1000 - RM65) / RM0.9032 = 1035.21 unit <-- berbeza hampir 150 unit berbanding pelaburan sebelumnya (891.50 unit).

Jumlah unit sekarang = 891.50 + 1035.21 = 1926.70 unit

Jumlah deposit = RM1000 + RM1000 = RM2000

Purata harga belian = RM2000 / 1926.70 unit = RM1.038 seunit <-- paras breakeven baru Pelabur A!

Dengan mengamalkan konsep DCA, Pelabur A sudah mencapai paras breakeven (dan sedikit keuntungan) seawal 28 September iaitu kira-kira 2 bulan selepas memulakan pelaburan sedangkan, Pelabur B masih lagi tercari-cari bilakah pelaburan anda akan mencapai paras breakeven.

Andaikan selepas enam bulan, harga seunit semasa adalah RM1.1217 (paras breakeven Pelabur B);

Baki Semasa (Pelabur A) = 1926.70 x RM1.1217 = RM2161.18

Keuntungan Pelabur A adalah RM161.18 berbanding keuntungan Pelabur B adalah RM0!

Prestasi DALI 2 Apr 08



Bulanan tertinggi: 24/04/2008 - 1.7772
Bulanan terendah: 04/04/2008 - 1.6400

Prestasi DALI Apr 08



Bulanan tertinggi: 24/04/2008 - 1.0571
Bulanan terendah: 04/04/2008 - 0.9768

Kembali Online

Akhirnya blog saya kembali online. Baru-baru ini (lebih kurang sebulan yang lalu) pihak Google telah menyekat akses blog saya kerana disyaki blog ini terlibat dalam aktiviti spam. Pihak Google meminta tempoh seminggu untuk menyemak status blog ini sama ada betul-betul terlibat dengan aktiviti spam atau tidak. Namun seminggu yang diminta, sebulan yang dilaksana. Saya pun tidak pasti bila pihak Google review blog ini kerana tiada sebarang notis email dihantar namun sistem spam filter Google amat mengecewakan. Tidak salah untuk melawan spam namun tempoh masa sebulan adalah TERLALU LAMA dan pihak Google sepatutnya menghantar notis ringkas bahawa blog ini telah disemak!

Walaubagaimanapun, kini segalanya sudah selesai. What's done is done. Harapannya tiada lagi aral melintang yang akan saya tempuhi selepas ini :)

Saya akan mula mengemaskini blog ini dengan info-info terbaru tentang pelaburan unit trust dalam masa terdekat. Masih ada beberapa urusan penting yang belum diselesaikan lagi pada masa sekarang. Stay tuned!

<< Catatan Lama | | Laman utama | | Catatan Terbaru >>