Selamat datang ke pelaburanunittrust.blogspot.com. Penulis amat mengalu- alukan komen/testimonial anda terhadap blog ini. Sila ajukan sebarang komen (atau sekadar ucapan hai) sebagai tanda sokongan anda di sini. Enjoy your stay!


Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox. Pelayar lain mungkin memaparkan ralat.

Kepada pelawat blog saya (jika ada :D ) saya minta maaf kerana sudah lama tak update kat blog ni..

Namun jika anda ingin mendapat update terbaru tentang pasaran unit trust dan ekonomi Malaysia, boleh send email kepada safwan.mazlan [at] yahoo.com. Sila letak "Subscribe" pada subject.

Kalau nak tanya pendapat saya tentang unit trust @ minta panduan untuk melabur @ nak invest pon boleh contact melalui email tu :)

Terima Kasih banyak-banyak atas sokongan anda.

Pesanan terakhir dari saya:

"When market fall, we invest; when market rise, we SMILE =)"

Soalan Umum Pelaburan Dalam Saham Amanah
Tarikh: 8 Julai 2008
Sumber: www.bharian.com.my


BIASANYA dalam interaksi antara ejen saham amanah dan pelabur, hanya ejen yang banyak bercakap, manakala pelabur lebih banyak mendengar.

Tidak banyak soalan yang relevan ditanyakan oleh pelabur kecuali soalan lazim - “berapa banyak dividen akan diberikan oleh saham amanah ini?” atau “apakah jumlah minimum untuk memulakan pelaburan?”.

Tetapi untuk memperoleh manfaat sepenuhnya daripada pelaburan saham amanah, anda mestilah bersedia untuk bertanya banyak soalan.

Jawapan yang anda peroleh daripada ejen itu boleh membantu anda menentukan sama ada melabur dalam saham amanah yang ditawarkan itu bersesuaian dengan matlamat pelaburan anda.

Ini juga dapat mengelakkan anda daripada melabur dalam produk saham amanah yang tidak bersesuaian tetapi dipromosikan secara berlebih-lebihan oleh ejen kerana dia mendapat komisen yang tinggi daripada penjualannya.

Antara soalan cadangan yang anda patut tanyakan kepada ejen anda.


Adakah saham amanah ini berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti (SC)?

Semua produk saham amanah mestilah didaftarkan dengan SC. Untuk memastikan produk pelaburan itu didaftarkan dengan SC, hubungi 03-62048000 dan minta disambungkan kepada Jabatan Tabung Amanah Amanah dan Pengurusan Pelaburan atau lawati laman web SC di www.sc.com.my


Berapa lama syarikat saham amanah itu sudah beroperasi? Apakah rekod atau prestasi syarikat itu dalam memberikan pulangan yang dijanjikan?

Pelabur perlu memeriksa latar belakang sesebuah syarikat saham amanah, termasuk syarikat yang akan menguruskan dana berkenaan (jika dana itu diuruskan oleh pengurus dana luar). Cari maklumat mengenai rekod prestasi dan pengalaman mereka. Anda mesti berusaha untuk mengenali mereka yang diamanahkan bagi mengendalikan wang hasil titik peluh anda.


Adakah dana itu bersesuaian dengan matlamat pelaburan dan profil risiko anda?

Sebelum anda bertanyakan soalan ini, anda mesti mengetahui dan yakin mengenai matlamat pelaburan anda dan berapa banyak risiko pelaburan yang anda mampu tanggung (risiko pelaburan pada umumnya adalah keadaan yang mungkin berlaku dan menyebabkan anda menanggung kerugian). Sekarang ini, ada banyak jenis dana di pasaran, setiap satu dengan manfaat dan risiko tersendiri (Lebih tinggi pulangan yang dijanjikan, lebih tinggi risiko yang terpaksa ditanggung). Justeru, penting bagi anda memahami dana yang ditawarkan dan memilih dana yang benar-benar bersesuaian dengan matlamat pelaburan dan kesanggupan anda menghadapi risiko. Misalnya, jika anda mahu pendapatan yang konsisten, anda perlu melabur dalam dana yang menyediakan pulangan konsisten. Anda tidak seharusnya membiarkan diri dipaksa oleh mana-mana ejen untuk melabur dalam dana yang tidak bersesuaian dengan anda.


Apa yang berlaku kepada wang yang dilaburkan dalam dana berkenaan? Di manakah wang itu akan dilaburkan?

Setiap dana saham amanah mempunyai strategi pelaburannya sendiri untuk memenuhi matlamat pelaburan. Contohnya, bagi dana ekuiti, pada umumnya, kebanyakan daripada aset itu dilaburkan dalam ekuiti syarikat tersenarai di bursa saham yang berpotensi untuk berkembang dan bukan syarikat saham mewah yang menawarkan dividen yang konsisten. Sebaliknya, dana bon akan melaburkan kebanyakan dananya dalam produk bon yang berisiko rendah.

Amat penting bagi pelabur mengetahui bahawa dalam produk pelaburan yang manakah dana itu akan melabur, kerana ini mempunyai implikasi terus ke atas tahap toleransi risiko pelabur. Jika dana itu melabur dalam produk berisiko tinggi, saham amanah itu sendiri akan menjadi pelaburan berisiko tinggi.


Bagaimana hendak mengetahui bahawa dana yang anda laburkan itu berkeadaan baik? Bagaimana hendak membandingkannya dengan dana yang lain?

Setiap dana mempunyai ukur rujuknya sendiri (sesuatu yang anda boleh jadikan ukuran prestasi), yang dinyatakan dalam prospektus. Anda boleh membandingkan kadar pulangan anda dengan ukur rujuk atau penanda aras berkenaan. Ukur rujuk yang biasa bagi dana ialah Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) manakala bagi dana bon, biasanya adalah pada kadar purata 12-bulan deposit tetap bank.

Selain itu, anda boleh membandingkan dana anda dengan dana lain yang mempunyai kriteria sama. Contohnya, jika anda melabur dalam dana bon, bandingkan prestasinya dengan dana bon yang lain. Saham amanah yang lebih kompleks mungkin mempunyai ukur rujuk yang lebih kompleks.


Bagaimana anda boleh membuat keuntungan daripada dana itu? Untung modal atau dividen?

Jika anda melabur dalam saham amanah, pulangan anda mungkin dalam bentuk keuntungan modal (jika pergerakan harga unit memuaskan) atau dividen (jika syarikat pengurusan mengumumkan ada bayaran dividen). Pastikan ejen anda memberikan penerangan mengenai perkara ini dan baca prospektus.


Adakah anda perlu membayar sebarang bayaran atau caj?

Setiap pelaburan mempunyai kos, begitu juga pelaburan dalam saham amanah. Syarikat pengurusan saham amanah mungkin mengenakan caj pengagihan/transaksi seperti caj jualan dan/atau caj penebusan apabila anda membeli dan menjual unit dan mengenakan bayaran pengurusan dan bayaran pemegang amanah setiap tahun bagi perkhidmatan yang mereka sediakan. Ejen anda mesti menjelaskan semua itu kepada anda. Baca prospektus untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai bayaran dan caj.


Jika anda mengubah fikiran selepas melabur dalam sesuatu dana, bolehkan anda menjualkannya semula kepada syarikat itu dan mendapat bayaran balik sepenuhnya?

Pelabur diberikan ‘tempoh bertenang’ iaitu masa yang diberikan kepada pelabur bagi memikirkan semula sama ada mereka mahu meneruskan pelaburan dalam saham amanah itu atau pun tidak. Tertakluk kepada syarat, pelabur saham amanah berhak mendapat bayaran balik sepenuhnya jika dia memutuskan untuk tidak meneruskan pelaburan dalam dana berkenaan dalam masa ‘tempoh bertenang’. ‘Tempoh bertenang’ adalah hak anda. Keterangan lanjut mengenai ‘tempoh bertenang’ ada dinyatakan dalam prospektus.


Jika anda mahukan wang semula dengan segera, mudahkan menjualkan dana berkenaan? Berapa lama mesti menunggu sebelum boleh mendapatkan wang itu semula?


Saham amanah adalah pelaburan yang mudah dijual beli. Anda boleh berjumpa dengan ejen dan menyerahkan notis penebusan bagi menebus kembali unit anda dan mendapatkan wang kembali. Penting bagi anda mengetahui bila anda akan mendapat semula wang anda supaya anda lebih bersedia sekiranya anda memerlukan wang itu dengan segera. Tanyakan ejen anda. Butiran lanjut mengenai penebusan boleh didapati dalam prospektus.


Adakah anda akan mendapat apa-apa penyata berkaitan dengan status pelaburan daripada syarikat pengurusan?

Proses pemantauan anda akan menjadi lebih mudah jika anda menerima penyata daripada syarikat pengurusan berkaitan status pelaburan anda. Dapatkan penjelasan mengenai kekerapan anda akan mendapat penyata berkenaan. Anda mesti memantau pelaburan anda.


Di mana anda boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai dana berkenaan?

Kebanyakan maklumat mengenai sesuatu dana saham amanah terdapat dalam prospektus dan laporan tahunannya. mintalah prospektus itu daripada ejen anda dan bacalah sebelum melabur.

Sumber: Pusat Perkembangan Industri Sekuriti SC.

Maaf kerana sudah agak lama saya membiarkan blog ini tanpa sebarang kemaskini. Ada projek :)



Berikut merupakan keadaan pasaran KLCI pada bulan Jun hingga hari ini. Kita dapat melihat bahawa pasaran adalah bearis dan semalam (4 Julai), KLCI mencatatkan paras terendah dalam tempoh 16 bulan.

Saya percaya, jika anda baru melabur dalam tempoh setahun ini, terutamanya bagi lump sum investor, nilai pelaburan anda sekarang susut berbanding jumlah pelaburan awal anda. Mungkin sekarang anda tertanya-tanya apa yang perlu dibuat sekarang.

Cadangan saya, jika anda mempunyai lebih wang untuk dilaburkan/disimpan, sekarang merupakan masa yang baik untuk menambah jumlah pelaburan anda. Rata-rata harga setiap dana boleh dikatakan rendah (-5sen hingga -10sen) gara-gara kelembapan ekonomi negara dan dunia. Jadi ini adalah peluang yang tidak wajar untuk dilepaskan. Terutama jika portfolio pelaburan anda susut pada masa ini.

Bagi bakal pelabur pula, jangan berlengah lagi. Keadaan sekarang boleh disifatkan sebagai karnival jualan mega. Inilah masanya untuk membeli lebih banyak unit dengan harga yang rendah dan menikmati keuntungan yang berlipat ganda apabila pasaran kembali bulis.

Walaubagaimanapun, saya juga ingin menitikberatkan ciri-ciri Dollar-Cost-Averaging untuk pelaburan anda. Saya mencadangkan agar anda tidak melaburkan 100% wang yang ingin disimpan ke dalam dana unit trust tetapi membuat beberapa pecahan. Sebagai contoh, jika anda mempunyai RM10,000 sekarang, saya cadangkan agar anda melaburkan 1/3 daripada jumlah tersebut manakala bakinya adalah untuk disimpan sebagai backup untuk pelaburan seterusnya jika pesaran terus bearis.

Anda mungkin ingin menetapkan bahawa anda akan melaburkan 1/3 lagi sekiranya harga dana anda terus turun sebanyak 10 sen - 20 sen. Ini adalah untuk memastikan anda tidak terlepas peluang untuk melabur sewaktu harga dana adalah murah. Dan sekiranya pasaran sudah menunjukkan tanda-tanda untuk bulis, maka anda boleh melaburkan kesemua baki wang tersebut kedalam dana anda.

Dengan kaedah ini, anda berpeluang untuk memaksimakan pulangan pelaburan anda dengan teknik DCA.

*Nota:
Bearis (Bearish) - Pasaran menurun. Disifatkan melalui beruang (bear) yang menerkam ke bawah.
Bulis (Bullish) - Pasaran menaik. Disifatkan melalui lembu (bull) yang menanduk ke atas.

Pengiraan Deposit Pelaburan

Hari ini saya ingin berkongsi sesuatu yang baru saya pelajari. Ramai di antara pelabur (termasuk saya) mempunyai tanggapan yang salah terhadap nilai cas perkhidmatan yang dikenakan bagi setiap pelaburan yang dibuat.

Sebagai contoh, bagi dana X yang mengenakan cas perkhidmatan sebanyak 6.5%, para pelabur biasanya akan diberitahu sebanyak 6.5% daripada deposit mereka akan ditolak. Jika anda membuat pelaburan sebanyak RM1,000, berapakah nilai 6.5% tersebut?

Cas perkhidmatan = RM1,000 x 6.5% = RM65


Baiklah, selepas seminggu, konsultan anda menghantar penyata pelaburan melalui email dan ini yang anda dapat.










Gross Deposit Charges (6.5%)Nett Deposit
RM1000.00RM61.03RM938.97


Bagi segelintir pelabur, mereka akan berasa gembira kerana cas perkhidmatan yang ditolak adalah kurang berbanding dengan jumlah yang sepatutnya. Namun bagi pelabur yang particular (seperti saya), perasaan ingin tahu mengatasi perasaan gembira. Jadi di sini saya ingin berkongsi cara pengiraan cas perkhidmatan kepada para pelabur yang particular :)

Deposit = RM1,000
Cas perkhidmatan = 6.5% = 0.065








Deposit bersih =RM1,000= RM938.97

1 + 0.065


Cas perkhidmatan = RM1,000 - RM938.97 = RM61.03

Dr. M, UMNO dan Unit Trust

PRU-12 sudah lama berakhir. Setelah menyaksikan kegoyahan kerajaan dan kebangkitan rakyat, hari ini politik Malaysia bergegar lagi. Di mulai dengan tidakan pengunduran Tun Dr. M dari UMNO 2 hari yang lalu, dua orang lagi "orang besar" UMNO turut mengambil tindakan yang sama semalam. Datuk Mokhzani mengambil keputusan untuk mengikut jejak langkah bapanya selepas 22 tahun bersama UMNO, manakala seorang lagi ahli UMNO merupakan Naib Ketua Pemuda UMNO Sik, Kedah.

Kelmarin, paras indeks BSKL merosot sehingga 6 mata ekoran tindakan mengejut Tun Dr. M keluar dari UMNO. Ini telah menimbulkan keraguan terhadap kestabilan politik negara dan para pelabur mengambil sikap berhati-hati. Semalam, paras indeks BSKL terus merosot sebanyak 3.52 mata kepada 1277.68 mata setakat tengahari ini. Saya menjangkakan indeks BSKL terus merosot sepanjang minggu ini dan ini mungkin akan menjejaskan sedikit prestasi dana-dana unit trust di negara kita.

Sementara itu, antara sorotan menarik politik negara, Datuk Seri S. Samy Vellu menggesa PM untuk menunaikan janji yang dibuat sempena PRU-12 yang lepas, manakala ahli parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh menerima ugutan bunuh di mana sebiji peluru hidup dihantar kepada beliau ekoran tindakan beliau yang mempersoalkan kuasa institusi kesultanan Melayu baru-baru ini.

<< Catatan Lama | | Laman utama | | Newer Post >>