Selamat datang ke pelaburanunittrust.blogspot.com. Penulis amat mengalu- alukan komen/testimonial anda terhadap blog ini. Sila ajukan sebarang komen (atau sekadar ucapan hai) sebagai tanda sokongan anda di sini. Enjoy your stay!


Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox. Pelayar lain mungkin memaparkan ralat.

Waktu yang sesuai?

Harga bagi pasaran unit trust buat masa sekarang (24 Mac) masih boleh dikatakan rendah gara-gara PRU-12 baru-baru ini. Jadi, ini adalah peluang yang baik untuk anda memulakan pelaburan (atau menambah pelaburan yang sedia ada) di mana golden rules dalam pelaburan "BUY LOW, SELL HIGH" adalah sah! Saya telah begitu lama menunggu keadaan di mana harga pasaran saham nasional menurun untuk memulakan pelaburan ini.

Mungkin anda pernah dengar atau diberitahu (terutamanya oleh agen unit trust) bahawa setiap masa adalah masa terbaik untuk melabur. Namun saya agak tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut. Untuk tujuan regular savings, pernyataan tersebut mungkin valid kerana harga pasaran tidak boleh dijangka jika anda seorang pelabur biasa dan anda masih boleh meraih keuntungan melalui Ringgit Cost Averaging (biasa disebut Dollar Cost Averaging). Namun, bagi saya, permulaan pelaburan merupakan batu penanda bagi pelaburan anda yang seterusnya. Jika anda melabur pada harga yang rendah, margin keuntungan anda adalah lebih besar.

Biasanya, permulaan deposit pelaburan adalah lebih besar dari amaun regular savings (jika ada). Jadi, untuk pelaburan yang besar, sebaik-baiknya ia dilaburkan ketika harga yang rendah. Dengan ini, anda mendapat lebih banyak "unit" dalam pelaburan anda. Ia juga boleh digunakan untuk menampung unit yang dibeli melalui regular savings anda sekiranya anda melabur ketika harga yang agak tinggi (terutama jika anda menggunakan Standing Instructions untuk tujuan ini).

KES 1:
Anda telah melabur sebelum PRU-12 di mana harga masih tinggi (harga pasaran normal) dan tiba-tiba menjunam sebanyak 5 sen. Betul, harga mungkin akan naik semula, tetapi anda telah membazirkan masa untuk menunggu harga naik ke paras break even (anda masih belum mendapat sebarang keuntungan lagi), sedangkan pelabur yang melabur selepas PRU-12 telah pun mendapat keuntungan sebanyak 5 sen per unit.

KES 2:
Anda telah melabur pada harga yang tinggi dan sebulan selepas itu, syarikat telah mengisytiharkan dividen untuk dana tersebut sebanyak 5 sen per unit. Berbanding dengan pelabur yang melabur ketika harga rendah dengan jumlah yang sama dengan anda, anda akan mendapat bonus dividen yang sedikit kerana anda mempunyai "unit" yang kurang (kerana anda melabur ketika harga tinggi).

DALI Equity Growth

Saya telah memulakan pelaburan unit trust saya dengan DALI Equity Growth Fund. Yang mana merupakan salah satu dana terbaik CIMB Wealth Advisors. Berdasarkan master prospectus CIMB Wealth Advisors isu ke-2, DALI Equity Growth Fund telah mencatat keuntungan pasif* sebanyak 193.59% sejak dimulakan iaitu dengan purata keuntungan 21.51% setiap tahun.

Dalam majalah Personal Money isu Febuari , DALI Equity Growth Fund dicatatkan menduduki tangga ke-5 dalam senarai unit trust di Malaysia memperoleh keuntungan sebanyak 49.52% sepanjang tahun 2007!

Berikut adalah senarai harga bagi DALI Equity Growth Fund sepanjang minggu lepas (17 Mac - 21 Mac):

17 Mac - 0.9522 (-159)
18 Mac - 0.9557 (+35)
19 Mac - 0.9569 (+12)
20 Mac - *CUTI*
21 Mac - 0.9602 (+33)
24 Mac - TBA
*sumber: The Star Online

Memandangkan saya memulakan pelaburan pada 20 Mac, dijangka harga seunit untuk pelaburan saya adalah 0.9602 (21 Mac) atau selewat-lewatnya mengikut harga hari ini (Isnin, 24 Mac). Saya harap agen saya tidak mengambil masa yang begitu lama untuk mendepositkan pelaburan saya.

*keuntungan pasif - keuntungan yang diperoleh dari pelaburan asal, tanpa penambahan kepada jumlah pelaburan atau perubahan-perubahan lain.

Pelaburan Unit Trust

Blog ini merupakan sebuah batu aras dalam pelaburan unit trust saya. Selaku seorang pelabur, saya akan menyatakan buah fikiran saya terhadap pelaburan ini dari pandangan seorang pelabur, bukan seorang agen. Peluang ini diharap berguna kepada para pelabur lain untuk melihat dan berfikir dari perspektif yang berbeza.

Blog ini dikhaskan kepada sesiapa sahaja yang ingin mencari pengetahuan tambahan mahupun berkongsi informasi terbaru berkenaan dengan pelaburan unit trust. Saya akan cuba sedaya upaya untuk berkongsi pengetahuan saya dengan pelawat untuk kebaikan bersama. Saya amat berbangga dan berbesar hati jika ada di antara pelawat yang ingin turut berkongsi pengetahuan dan pengalaman mereka di sini.

<< Older Post | | Laman utama | | Catatan Terbaru >>