Selamat datang ke pelaburanunittrust.blogspot.com. Penulis amat mengalu- alukan komen/testimonial anda terhadap blog ini. Sila ajukan sebarang komen (atau sekadar ucapan hai) sebagai tanda sokongan anda di sini. Enjoy your stay!


Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox. Pelayar lain mungkin memaparkan ralat.

Pasaran Bearis - Apa Tindakan Anda?

Maaf kerana sudah agak lama saya membiarkan blog ini tanpa sebarang kemaskini. Ada projek :)



Berikut merupakan keadaan pasaran KLCI pada bulan Jun hingga hari ini. Kita dapat melihat bahawa pasaran adalah bearis dan semalam (4 Julai), KLCI mencatatkan paras terendah dalam tempoh 16 bulan.

Saya percaya, jika anda baru melabur dalam tempoh setahun ini, terutamanya bagi lump sum investor, nilai pelaburan anda sekarang susut berbanding jumlah pelaburan awal anda. Mungkin sekarang anda tertanya-tanya apa yang perlu dibuat sekarang.

Cadangan saya, jika anda mempunyai lebih wang untuk dilaburkan/disimpan, sekarang merupakan masa yang baik untuk menambah jumlah pelaburan anda. Rata-rata harga setiap dana boleh dikatakan rendah (-5sen hingga -10sen) gara-gara kelembapan ekonomi negara dan dunia. Jadi ini adalah peluang yang tidak wajar untuk dilepaskan. Terutama jika portfolio pelaburan anda susut pada masa ini.

Bagi bakal pelabur pula, jangan berlengah lagi. Keadaan sekarang boleh disifatkan sebagai karnival jualan mega. Inilah masanya untuk membeli lebih banyak unit dengan harga yang rendah dan menikmati keuntungan yang berlipat ganda apabila pasaran kembali bulis.

Walaubagaimanapun, saya juga ingin menitikberatkan ciri-ciri Dollar-Cost-Averaging untuk pelaburan anda. Saya mencadangkan agar anda tidak melaburkan 100% wang yang ingin disimpan ke dalam dana unit trust tetapi membuat beberapa pecahan. Sebagai contoh, jika anda mempunyai RM10,000 sekarang, saya cadangkan agar anda melaburkan 1/3 daripada jumlah tersebut manakala bakinya adalah untuk disimpan sebagai backup untuk pelaburan seterusnya jika pesaran terus bearis.

Anda mungkin ingin menetapkan bahawa anda akan melaburkan 1/3 lagi sekiranya harga dana anda terus turun sebanyak 10 sen - 20 sen. Ini adalah untuk memastikan anda tidak terlepas peluang untuk melabur sewaktu harga dana adalah murah. Dan sekiranya pasaran sudah menunjukkan tanda-tanda untuk bulis, maka anda boleh melaburkan kesemua baki wang tersebut kedalam dana anda.

Dengan kaedah ini, anda berpeluang untuk memaksimakan pulangan pelaburan anda dengan teknik DCA.

*Nota:
Bearis (Bearish) - Pasaran menurun. Disifatkan melalui beruang (bear) yang menerkam ke bawah.
Bulis (Bullish) - Pasaran menaik. Disifatkan melalui lembu (bull) yang menanduk ke atas.

1 Comment:

  1. Tanpa Nama said...
    Nice.

Post a Comment



<< Catatan Lama | | Laman utama | | Catatan Terbaru >>