Selamat datang ke pelaburanunittrust.blogspot.com. Penulis amat mengalu- alukan komen/testimonial anda terhadap blog ini. Sila ajukan sebarang komen (atau sekadar ucapan hai) sebagai tanda sokongan anda di sini. Enjoy your stay!


Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox. Pelayar lain mungkin memaparkan ralat.

Dollar Cost Averaging

Untuk permulaan, anda boleh menganggap Dollar Cost Averaging (DCA) adalah merupakan pemurataan kos untuk pelaburan anda. Konsep DCA adalah untuk mengurangkan kos belian unit pelaburan untuk memaksimakan keuntungan. Biasanya, dalam pelaburan unit trust, pelabur akan membuat pelaburan pada masa yang berlainan dengan harga seunit yang berlainan. Keuntungan pelabur pula dikira dengan mempuratakan harga-harga seunit ini dan dibandingkan dengan harga seunit semasa.

Sila teliti situasi di bawah untuk lebih memahami tentang DCA.



Sebagai contoh, Pelabur A dan Pelabur B masing-masing telah melabur sebanyak RM1,000 pada 27 Julai pada harga RM1.0488 seunit. Unit yang diperoleh melalui pelaburan mereka adalah:

Unit diperoleh = (Deposit - Cas Perkhidmatan) / Harga belian seunit
(RM1000 - RM65) / RM1.0488 = 891.50 unit.

Baki semasa akaun mereka adalah:

Baki semasa = Jumlah unit x Harga seunit semasa
891.50 x RM1.0488 = RM918.15

Harga seunit untuk mencapai paras breakeven adalah:

Paras breakeven = Jumlah deposit / Jumlah unit
RM1000 / 891.50 = RM1.1217 seunit

Ini bermakna, untuk Pelabur A dan Pelabur B mendapat semula jumlah RM1000 di dalam akaun mereka, mereka perlu menunggu sehingga harga seunit semasa mencapai paras RM1.1217 (tiada dalam graf).

Pada 18 Ogos, anda dapat lihat bahawa harga seunit bagi dana ini terjun menjunam ke paras terendah iaitu RM0.9032, hampir RM0.15 KURANG daripada harga seunit yang anda beli dahulu. Cuba kira, berapa baki akaun mereka sekarang.

Baki semasa = 891.50 unit x RM0.9032 = RM805.20 sahaja!

Ini bermakna mereka sudah kerugian hampir RM200.

Namun, jangan risau, segalanya masih belum berakhir. Apa yang perlu anda lakukan sekarang adalah bertenang dan teruskan membaca. I have reserved the best to the last! :)

Anda harus ingat dan faham bahawa pelaburan unit trust merupakan pelaburan yang bersifat jangka sederhana hingga jangka panjang (3-5 tahun), jadi angka sekarang tidak boleh digunakan untuk menilai keuntungan, TETAPI penting untuk memaksimakan keuntungan pelabur di kemudian hari.

Konsep DCA mencadangkan agar penambahan amaun pelaburan dibuat pada 18 Ogos atas 2 sebab:
a) Harga belian seunit pada hari tersebut (RM0.9032) adalah jauh lebih murah berbanding harga belian pelaburan sebelum ini (RM1.0488).
b) Harga belian tersebut lebih rendah berbanding harga belian asal dana tersebut (harga belian asal dana ini adalah RM1.0000)

Jadi ini merupakan masa yang terbaik untuk Pelabur A dan Pelabur B menambah pelaburan.

Cuba kita lihat apa yang berlaku jika Pelabur A membuat penambahan sebanyak RM1000 pada 18 Ogos.

Unit diperoleh = (RM1000 - RM65) / RM0.9032 = 1035.21 unit <-- berbeza hampir 150 unit berbanding pelaburan sebelumnya (891.50 unit).

Jumlah unit sekarang = 891.50 + 1035.21 = 1926.70 unit

Jumlah deposit = RM1000 + RM1000 = RM2000

Purata harga belian = RM2000 / 1926.70 unit = RM1.038 seunit <-- paras breakeven baru Pelabur A!

Dengan mengamalkan konsep DCA, Pelabur A sudah mencapai paras breakeven (dan sedikit keuntungan) seawal 28 September iaitu kira-kira 2 bulan selepas memulakan pelaburan sedangkan, Pelabur B masih lagi tercari-cari bilakah pelaburan anda akan mencapai paras breakeven.

Andaikan selepas enam bulan, harga seunit semasa adalah RM1.1217 (paras breakeven Pelabur B);

Baki Semasa (Pelabur A) = 1926.70 x RM1.1217 = RM2161.18

Keuntungan Pelabur A adalah RM161.18 berbanding keuntungan Pelabur B adalah RM0!

0 Comments:

Post a Comment



<< Catatan Lama | | Laman utama | | Catatan Terbaru >>